Usaha memperkukuh kompetensi serta membudayakan pengurusan makmal yang berkualiti, telus dan berintegriti terus dipacu apabila Makmal Bioserasi, ALAF-UKM berjaya menganjurkan OECD Good Laboratory Practice (OECD GLP) Workshop 2026 – Series 2 pada 20 hingga 21 Julai 2026 bertempat di Palm Garden Hotel, Putrajaya. Bengkel selama dua hari yang menghimpunkan kira-kira 30 orang peserta ini memberi tumpuan kepada Quality Assurance, IT Security and Data Integrity (Document No. 22–25). Fokus berkenaan amat signifikan dalam memastikan setiap proses, sistem, dokumentasi dan data penyelidikan diurus secara sistematik, tepat, terlindung serta dapat dijejaki selaras dengan Prinsip Amalan Makmal Baik (GLP) OECD.
Â
Bengkel ini menampilkan tiga orang penceramah jemputan berpengalaman dalam bidang regulatori, pematuhan dan akreditasi makmal, iaitu Puan Fariza Wan Abdullah, Ketua Penolong Pengarah Kanan, Jabatan Standard Malaysia, Puan Fadhilah Hasbullah, Ketua Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA), Kementerian Kesihatan Malaysia dan Puan Sharifah Azlinda Syed Abu Bakar, Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Akreditasi, Jabatan Standard Malaysia.
Â
Sepanjang bengkel berlangsung, para peserta diberikan pendedahan mendalam mengenai pelaksanaan sistem jaminan kualiti, kawalan keselamatan teknologi maklumat serta pengurusan integriti data dan rekod makmal. Sesi perkongsian dan perbincangan teknikal turut membolehkan peserta meneliti cabaran semasa serta memahami pendekatan yang berkesan dalam memperkukuh pematuhan, kebolehpercayaan data dan ketelusan dokumentasi penyelidikan serta pengujian.
Â
Turut hadir ke bengkel ini adalah Prof. Madya Dr. Wan Mohd Aizat Wan Kamaruddin, Pengarah ALAF-UKM dan Dr. Siew Ee Ling, Ketua Makmal Bioserasi.
July 23, 2026














