Warga ALAF-UKM mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Makmal Instrumentasi Berpusat UKM (Makmal i-CRIM) atas kejayaan cemerlang menerima “IKM Laboratory Excellence Award 2024” daripada Institut Kimia Malaysia (IKM) bersempena Majlis Malam Kimia & Presentation of IKM Awards 2024 pada Jumaat 6 Disember 2024.
Pengiktirafan ini sekali lagi membuktikan kecemerlangan perkhidmatan Makmal i-CRIM dalam dua bidang utama, iaitu ‘Mechanical Testing’ dan ‘Chemical Analysis’. Makmal i-CRIM terus menjadi peneraju dalam menyediakan perkhidmatan penyelidikan berkualiti tinggi kepada komuniti penyelidik, industri dan pihak berkepentingan sejajar dengan aspirasi ALAF-UKM sebagai hab penyelidikan terunggul di UKM.
Kejayaan ini turut mencerminkan komitmen warga Makmal i-CRIM dalam memastikan kualiti, ketepatan dan kepatuhan kepada standard antarabangsa dalam setiap perkhidmatan yang ditawarkan. Tahniah kepada semua warga Makmal i-CRIM yang telah menyumbang kepada pencapaian gemilang ini.
Semoga kejayaan ini terus memberi inspirasi kepada seluruh warga ALAF-UKM untuk terus melakar kejayaan yang lebih besar pada masa akan datang.














