Makmal i-CRIM,ALAF-UKM telah berjaya menjalani penilaian Audit MS ISO/IEC 17025:2017 oleh Jabatan Standard Malaysia pada 9 Januari 2024 (Khamis). Penilaian ini dilaksanakan oleh pasukan audit luaran yang diketuai oleh Pn. Ng Pui Wan, Ketua Penilai dan En. Wong Kok Fah selaku Penilai. Penilaian ini merupakan sebahagian daripada usaha berterusan Makmal i-CRIM untuk memastikan pematuhan terhadap standard MS ISO/IEC 17025:2017, iaitu piawaian antarabangsa bagi kompetensi teknikal dan kebolehpercayaan hasil ujian makmal.
Penilaian melibatkan pemeriksaan menyeluruh terhadap proses operasi, kawalan kualiti, pengurusan risiko dan keupayaan teknikal makmal dalam menjalankan analisis yang tepat serta konsisten. Sebagai salah satu makmal di bawah tadbir urus ALAF-UKM, penilaian ini mencerminkan komitmen tinggi Makmal i-CRIM dalam mengekalkan kecemerlangan dan integriti perkhidmatannya.
Makmal i-CRIM berperanan penting dalam menyokong penyelidikan dan inovasi di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), terutama dalam bidang pengujian dan analisis saintifik. Dengan komitmen kepada standard yang ketat, makmal ini terus menjadi rakan strategik kepada pelbagai pihak berkepentingan termasuk penyelidik, industri, pelajar, agensi kerajaan dan swasta.














