Peristiwa Israk Mikraj adalah sebuah perjalanan agung Rasulullah SAW dari Masjid Al-Haram (Kota Mekah) ke Masjid Al-Aqsa (Baitulmaqdis, Palestin) dengan menunggang Buraq. Kemudian baginda dibawa naik ke Sidratul Muntaha untuk bertemu Allah SWT, di mana dengan izin-Nya, solat 5 waktu telah difardukan ke atas umat Islam melalui Rasulullah SAW.
Warga ALAF-UKM mengucapkan Selamat Memperingati Peristiwa Israk dan Mikraj bersamaan 27 Rejab 1446H| 2025M.
Semoga peringatan peristiwa agung ini membawa inspirasi dan motivasi untuk kita terus memperbaiki diri serta memperkukuhkan iman.














