21 Mac merupakan tarikh yang telah diwartakan sebagai Hari Hutan Antarabangsa oleh Organisasi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bagi meningkatkan kesedaran tentang pentingnya kelestarian hutan, perlindungan alam sekitar dan pengurusan hutan secara lestari. “𝗛𝘂𝘁𝗮𝗻 𝗱𝗮𝗻 𝗜𝗻𝗼𝘃𝗮𝘀𝗶” merupakan tema pada tahun 2024 yang menekankan hubungan penting antara kelestarian hutan dan peranan inovasi dalam pengurusan, pemeliharaan dan juga pemuliharaan hutan kita.
Hutan merupakan habitat semulajadi bagi pelbagai spesies tumbuhan dan haiwan, serta menyumbang kepada keseimbangan ekologi dan iklim global yang juga merupakan sumber kepada pelbagai keperluan manusia, termasuk makanan, asas binaan rumah, ubat-ubatan, serta bahan mentah.
Mari bersama-sama berganding bahu dalam usaha untuk memelihara kelestarian hutan kita. Sambutlah Hari Hutan Antarabangsa 2024 dengan semangat inovasi dan jadikan setiap langkah kita satu titik permulaan yang membawa ke arah kelestarian hutan yang lebih baik bagi kita semua.














