Tanggal 2 Februari setiap tahun adalah merupakan tarikh yang istimewa kerana pada tarikh ini telah diwartakan di peringkat antarabangsa sebagai Hari Tanah Lembap Sedunia (World Wetlands Day).
Sambutan Hari Tanah Lembap Sedunia adalah bertujuan untuk meningkatkan kesedaran tentang kepentingan melindungi tanah lembap di seluruh dunia kerana ianya memainkan peranan penting dalam mengekalkan biodiversiti serta menyediakan habitat untuk spesies unik di mana ianya sangat berharga untuk dilindungi demi generasi masa kini dan hadapan.














