Warga ALAF-UKM mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Puan Hir Yanti Md Tahir, Timbalan Pengarah Instrumentasi dan Perkhidmatan Makmal, ALAF-UKM atas kejayaan memperoleh pengiktirafan sebagai “𝗕𝗮𝘀𝗶𝗰 𝗣𝗿𝗮𝗰𝘁𝗶𝘁𝗶𝗼𝗻𝗲𝗿 𝗼𝗳 𝗡𝗲𝘂𝗿𝗼𝗹𝗶𝗻𝗴𝘂𝗶𝘀𝘁𝗶𝗰 𝗣𝗿𝗼𝗴𝗿𝗮𝗺𝗺𝗶𝗻𝗴” daripada The National Federation of Neurolinguistic Programming USA.
Semoga pengiktirafan ini menjadi inspirasi kepada seluruh warga ALAF-UKM untuk memperkukuh serta mempertingkatkan kecemerlangan akademik dan profesionalisme diri seterusnya memacu kecemerlangan yang lebih besar kepada organisasi.
Syabas dan tahniah diucapkan.














