Warga ALAF-UKM mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Kumpulan Penyelidikan Pemeliharaan dan Penggunaan Lestari Kepelbagaian Biologi yang telah berjaya diiktiraf sebagai Kumpulan Penyelidikan Universiti (KPU) UKM yang berteraskan Kluster Sumber Lestari, Alam Sekitar dan Kehidupan Pintar (SLASKP).
Kumpulan Penyelidikan ini diketuai oleh Timbalan Pengarah Strategi dan Pembangunan ALAF-UKM, Prof. Dr. Zaidi Che Cob serta dianggotai oleh Pengarah ALAF-UKM, Prof. Madya. Dr. Wan Mohd Aizat Wan Kamaruddin dan barisan Ketua Makmal Fizikal dan Alami ALAF-UKM.
Semoga dengan penubuhan dan pengiktirafan kumpulan penyelidikan ini, ianya dapat mengoptimumkan potensi sumber pakar dan kepakaran oleh warga ALAF-UKM di dalam membantu kegemilangan UKM sebagai sebuah Universiti Penyelidikan terkemuka tanah air akan terus ditingkatkan dari semasa ke semasa.
Tahniah dan syabas diucapkan!














