UKM membuktikan kecemerlangan subjeknya dengan peningkatan pencapaian dalam penarafan Times Higher Education (THE) World University Rankings by Subject 2025 yang diumumkan pada 22 Januari 2025.
Subjek Undang-Undang mencatatkan peningkatan kedudukan yang terbaik dengan berada di kedudukan ke 101-125 terbaik dunia. Subjek ini juga berada di kedudukan pertama di Malaysia bersama subjek Seni & Kemanusiaan.
UKM terus menunjukkan peningkatan yang membanggakan dengan meletakkan subjek Perubatan & Kesihatan berada di kedudukan ke-2 di Malaysia. Manakala subjek Psikologi, Kejuruteraan, Fizik & Astronomi dan Geografi turut cemerlang dengan kedudukan ke-3 terbaik di Malaysia.
Pengiktirafan ini mencerminkan kualiti kepakaran akademik, komitmen tinggi warga universiti dan keunggulan universiti hasil usaha warga UKM dalam melaksanakan amanah dan tanggungjawab dengan cemerlang. Tahniah UKM Universiti Watan Kita.














