ECERDC telah menganjurkan Program Pra-Persidangan Sidang Kemuncak SDG 2024 Wilayah Timur yang kedua di Tasik Chini, Pahang, hari ini.
Dengan kerjasama Pusat Penyelidikan Tasik Chini Universiti Kebangsaan Malaysia (PPTC), acara pra-persidangan ini bertujuan membentuk kesedaran mengenai biodiversiti dan ekosistem Tasik Chini. Acara ini melibatkan sesi taklimat berkenaan ekosistem Tasik Chini, serta aktiviti eksplorasi bot dan denai hutan di persekitaran Makmal Air Tawar PPTC.
Program hari ini telah dihadiri oleh YBrs. Puan Salina Binti Muhamad Sali Luddin, Timbalan Pengarah 1, Bahagian Ekonomi Alam Sekitar dan Sumber Asli, Kementerian Ekonomi, YBrs. En. Ahmad Azimeer Bin Abdul Manaf, Timbalan Pengarah 2, Pusat SDG Negara, YBrs. Profesor Datin. Ts. Dr. Mimi Sakinah Binti Abdul Munaim, Penolong Naib Canselor Pusat Jaringan Industri & Masyarakat UMPSA dan Profesor Madya Dr. Wan Mohd Aizat Bin Wan Kamaruddin, Pengarah, Pusat Pengurusan Makmal Alami & Fizikal UKM (ALAF-UKM). Selain daripada pelajar-pelajar UMPSA, acara ini juga telah dihadiri oleh wakil Orang Asli kaum Jakun dari Tasik Chini, pegawai ECERDC dan PPTC.
Acara terakhir Pra-Persidangan Sidang Kemuncak SDG 2024 Wilayah Timur akan diadakan di KampungStay@ Teluk Buih di Mersing, Johor pada 12 Mei 2024 diikuti dengan lawatan teknikal ke Setiu Wetlands dan Kampung Pelancongan pada 18 Mei, sebagai pembuka tirai kepada Sidang Kemuncak SDG ECER yang akan berlangsung pada 19 Mei 2024 di Kuala Terengganu.














