JEJAK ALUMNI @ KLIA HOLDINGS SDN BHD
JEJAK ALUMNI @ KLIA HOLDINGS SDN BHD
14 JAN 2025
Pusat Perhubungan Alumni UKM telah mengadakan Jejak Alumni bersama YBhg. Dato’A.Rahman Safar (FEP 1988) di Wisma KLIA Holdings. Beliau merupakan Naib Presiden Pengarah Eksekutif KLIA Holdings.
Dalam pertemuan ini, YBrs. Syajarul Imna Mohd Amin berkongsi mengenai perkembangan program-program anjuran Pusat Perhubungan Alumni UKM yang bakal berlangsung, termasuk Majlis Santapan Diraja serta perkembangan terkini di UKM.
Delegasi dari Pusat Perhubungan Alumni UKM diketuai oleh YBrs. Dr. Syajarul Imna Mohd Amin, Timbalan Pengarah (Aktiviti dan Jaringan) dari Pusat Perhubungan Alumni UKM.
