KERUSI SANJUNGAN ALUMNI UKM
Universiti Kebangsaan Malaysia memperkenalkan Kerusi Sanjungan Alumni UKM, iaitu kerusi khas yang disediakan untuk ibu atau bapa graduan yang merupakan alumni UKM sebagai tanda penghargaan terhadap hubungan berterusan alumni dengan universiti. Inisiatif ini bertujuan meraikan kepulangan alumni ke kampus bagi menyaksikan detik istimewa anak tersayang menerima ijazah dan bergelar graduan UKM, sekali gus mengabadikan kenangan bermakna dalam perjalanan keluarga dan universiti.
Rebut peluang untuk mencipta kenangan bermakna bersama keluarga di universiti yang pernah menjadi sebahagian daripada perjalanan hidup anda kerana legasi ilmu tidak terhenti pada satu generasi.
📅Tempoh permohonan: 30 Oktober hingga 8 November 2026
📩Hebahan keputusan: 10 hingga 12 November 2026
👨🎓 Kaedah permohonan: Permohonan dikemukakan oleh graduan melalui borang di bawah
🪑Tempat adalah terhad: Hanya 10 kerusi disediakan bagi setiap sidang (Sidang 2 – Sidang 17)
Cara memohon:
- Graduan mengisi borang permohonan dalam talian.
- Pusat Perhubungan Alumni UKM menyemak status alumni ibu bapa.
- Keputusan dimaklumkan melalui e-mel.
- Ibu bapa yang berjaya akan menerima kad jemputan khas.
Borang Permohonan:
(Sila klik pada sidang yang berkaitan)
SIDANG 2 SIDANG 3 SIDANG 4 SIDANG 5
SIDANG 6 SIDANG 7 SIDANG 8 SIDANG 9
SIDANG 10 SIDANG 11 SIDANG 12 SIDANG 13
SIDANG 14 SIDANG 15 SIDANG 16 SIDANG 17
Jadual Susunan Sidang: https://www.ukm.my/konvo/susunan-sidang/
Untuk maklumat lanjut, pertanyaan boleh dikemukakan melalui email ke alumni@ukm.edu.my