Majlis Jamuan Raya Alumni UKM 2025 & Perasmian DSJ Kafe @ Alumni UKM
Majlis Jamuan Raya Alumni UKM 2025 & Perasmian DSJ Kafe @ Alumni UKM
23 April 2025
Pusat Perhubungan Alumni UKM dengan sukacitanya telah menganjurkan Majlis Jamuan Raya Alumni UKM 2025 yang turut diserikan dengan Perasmian DSJ Kafe @ Alumni UKM.
Majlis ini telah dirasmikan oleh Pengerusi Lembaga Pengarah UKM, Prof. Emeritus Dato’ Dr. Mohamad Abd. Razak.
Terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan kami ucapkan kepada semua alumni dan warga UKM yang sudi hadir memeriahkan majlis ini. Kehadiran anda semua amat bermakna dalam mengeratkan lagi silaturrahim dan semangat kekitaan dalam kalangan warga alumni.
