LAWATAN PENANDA ARAS BURAPHA UNIVERSITY, THAILAND KE PUSAT PERHUBUNGAN ALUMNI UKM
Lawatan Penanda Aras Burapha University, Thailand ke Pusat Perhubungan Alumni UKM
Tanggal 20 Mei 2025 (Selasa), Pusat Perhubungan Alumni UKM telah menerima kunjungan istimewa daripada delegasi Burapha University, Thailand dalam rangka lawatan penanda aras. Sesi perkongsian ini berlangsung di Bilik Mesyuarat, Kompleks Alumni UKM pada jam 11.30 pagi.
Delegasi ini diketuai oleh Paphada Ounhapipatpong, International Relations Officer
Global Relations Center dan Puangtong Inchai, Registered Nurse; International Relations Officer
Faculty of Medicine . Delegasi disambut baik oleh YBrs. Dr. Roslan Jaafar (Pengarah ALUMNI-UKM), Encik Mohd Kamal Abd Aziz (Ketua Pentadbiran ALUMNI-UKM) dan bersama beberapa kakitangan pusat.
Lawatan ini membuka ruang kolaborasi antarabangsa dan perkongsian idea berkaitan pengurusan alumni, penglibatan komuniti, dan inisiatif pengantarabangsaan. Terima kasih diucapkan kepada delegasi Burapha University atas lawatan yang penuh bermakna ini.
Semoga jalinan ini terus erat dan memberi manfaat bersama!

