PROGRAM JELAJAH KASIH ALUMNI UKM


Program Jelajah Kasih Alumni UKM 2025 merupakan inisiatif anjuran Pusat Perhubungan Alumni UKM dengan kerjasama Kelab Ukhuwah Kembara Malaysia Bikers (KUKM Bikers) bagi menyantuni alumni serta mengumpul sumbangan untuk Tabung Kebajikan Pelajar UKM. Program ini melibatkan tiga laluan utama — Pantai Timur, Lembah Klang dan Selatan — dengan penyertaan seramai 15 rider KUKM Bikers bersama wakil UKM. Majlis Flag Off telah disempurnakan oleh YBhg. Prof. Ts. Dr. Norinsan Kamil, yang menjalankan fungsi sebagai Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni UKM. Turut hadir ialah Dr. Roslan Jaafar, Pengarah Pusat Perhubungan Alumni; Dr. Syajarul Imna, Timbalan Pengarah; En. Sabri, penaja utama dari Lightgreen Enterprise serta para staf, pelajar dan rakan-rakan KUKM Bikers. Kehadiran mereka menyerlahkan semangat kebersamaan dan sokongan padu terhadap misi alumni.

Laluan Pantai Timur melibatkan kunjungan ke IPG Kampus Kota Bharu, IPGM Kampus Dato’ Razali Ismail Kuala Terengganu dan Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (UNIPSAS), yang disambut mesra oleh alumni UKM yang kini berkhidmat di institusi-institusi tersebut. Laluan Selatan pula merangkumi pertemuan dengan alumni di Melaka, Sky Ladder Pineapple Farm di Port Dickson, dan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). Sementara itu, Laluan Lembah Klang melibatkan kunjungan ke Westport Foundation, ENCORP Berhad dan WTC Kuala Lumpur. Program ini bukan sahaja memperkukuh jalinan hubungan antara alumni dan alma mater, tetapi turut memperlihatkan semangat #IlmuMutudanBudi yang merentas negeri demi kebajikan dan masa depan mahasiswa UKM.

#JelajahKasih2025
#AlumniUKM
#UniversitiWatanKita
#IlmuMutudanBudi
#alumnihebatUKM
#memperkasapenglibatan
#memperkukuhkomunikasi