KUNJUNGAN HORMAT KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF MY-SUTERA SDN BHD (CANGGIH)
Pusat Perhubungan Alumni UKM dan Koperasi Alumni UKM Berhad telah mengadakan kunjungan hormat bersama Alumni UKM, Tuan Haji Annas Bin Ahmad (FUU 1996), Ketua Pegawai Eksekutif My-Sutera Sdn Bhd (Canggih) bagi memperkukuh hubungan strategik antara UKM dan alumni.
Kunjungan hormat ini diadakan bagi membincangkan peluang kerjasama antara My Sutera Sdn. Bhd. (Canggih) dan Koperasi Alumni UKM Berhad dalam aspek perniagaan dan pembangunan produk bersama.
Turut hadir dalam Dato’ Azis bin Yacub, Pengerusi Koperasi Alumni UKM Berhad ; YBrs. Dr. Roslan Ja’afar, Pengarah ALUMNI-UKM; dan Cik Rohaya binti Umar,Bendahari Koperasi Alumni UKM Berhad.
