DELEGASI DARIPADA WAKIL CHAPTER ALUMNI ANTARABANGSA INDONESIA
Delegasi daripada wakil Chapter Alumni Antarabangsa Indonesia, Prof.Dr Ismail Suardi Wekke yang merupakan Ketua STIA Abdul Haris Makassar, Indonesia mengunjungi Pengerusi Lembaga Pengarah UKM. YBhg. Prof. Emeritus Dato’ Dr. Mohamad Abd. Razak (FPER 1979 & 1987) dan Pusat Perhubungan Alumni UKM. Prof.Dr Ismail Suardi Wekke juga merupakan alumni Fakulti Pendidikan UKM (FPEND 2012).
Dalam sesi perbincangan tersebut, beberapa program telah dicadangkan termasuk simposium Antarabangsa Alumni UKM, diskusi bersama Chapter Alumni Antarabangsa Indonesia.
Delegasi disambut baik oleh YBrs. Dr. Roslan Ja’afar, (Pengarah ALUMNI-UKM); dan Encik Mohd Kamal Abd Aziz (Ketua Pentadbiran ALUMNI-UKM).
