INISIATIF SERIBU KASIH
Pengenalan
Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) sentiasa menjulang tinggi jasa dan pencapaian para alumni yang menjadi tonggak kecemerlangan universiti. Sumbangan alumni merupakan salah satu kriteria penting dalam penarafan universiti dan menjadi penggerak utama kejayaan UKM di persada antarabangsa. Kejayaan UKM meraih tempat ke-53 dunia dalam Times Higher Education (THE) Impact Rankings 2025 dan ke-126 dalam QS World University Rankings 2026 adalah hasil usaha kolektif seluruh warga UKM, termasuk sokongan tidak berbelah bahagi para alumni yang terus menjadi tulang belakang universiti.
Atas semangat kasih dan keterikatan ini, UKM telah melancarkan Inisiatif Filantropi Seribu Kasih Alumni UKM, yang memberi ruang kepada alumni untuk kembali menyumbang melalui Tabung Wakaf Khas / Endowmen Alumni UKM. Dana yang dikumpulkan akan dimanfaatkan bagi tujuan kebajikan pelajar dan alumni, penambahbaikan fasiliti kampus, serta pelaksanaan program pembangunan pelajar dan pengukuhan jaringan alumni. Sumbangan ini bukan sahaja menjadi tanda penghargaan kepada alma mater, malah merupakan simbol harapan buat generasi pelapis yang bakal mewarisi semangat UKM.
Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada Cik Nurhidayah Isahak di talian 03-8094 2026 / 018-2860728