PELANCARAN PENUBUHAN CHAPTER ALUMNI UKM ANTARABANGSA CHINA

Pusat Perhubungan Alumni UKM telah mengadakan Majlis Pelancaran Penubuhan Chapter Alumni UKM Antarabangsa China yang berlangsung pada 25 September 2025 di Pejabat Konsulat Jeneral Malaysia, Xi’an. Penubuhan ini menjadi platform strategik untuk menghubungkan alumni UKM di China dengan alma mater, selain memperkukuh jaringan global serta membuka peluang kerjasama akademik, penyelidikan dan industri.

Delegasi UKM turut mengadakan Jejak Alumni di Malaysia-China Industrial Park dan Areweb Technology Development Co. Inc., menyertai Eurasian Economic Forum 2025, dan lawatan rasmi ke Xi’an Jiaotong University, Xi’an University of Finance and Economics, dan Xidian University.

Majlis ini turut dihadiri oleh Prof. Emeritus Dato’ Dr. Mohamad Abd. Razak, Pengerusi Majlis Alumni Universiti (MAU) merangkap Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti (LPU); Prof. Ts. Dr. Norinsan Kamil Othman, yang menjalankan fungsi Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar & Alumni (HEPA); Dr. Roslan Ja’afar, Pengarah Pusat Perhubungan Alumni (PPA); Dr. Syajarul Imna Mohd Amin, Timbalan Pengarah Aktiviti & Jaringan PPA; serta Ng Chin Long, Pengerusi Kelab Bekas Mahasiswa Cina UKM merangkap Penyelaras Chapter Alumni Antarabangsa China.

Diharapkan usaha ini dapat memperkukuh jaringan antarabangsa UKM serta menyemarakkan semangat kebersamaan dalam kalangan alumni di luar negara.