PROGRAM PERKONGSIAN ALUMNI USAHAWAN MUDA: REALITI KERJAYA TAK SEINDAH NARATIF

Program Perkongsian Alumni Usahawan Muda: Realiti Kerjaya Tak Seindah Naratif telah berlangsung dengan jayanya pada 23 Oktober 2025 di Kolej Ungku Omar, Kolej Aminuddin Baki, Kolej Burhanuddin Helmi dan Kolej Keris Mas. Program ini bertujuan memberi peluang kepada warga kolej mendengar perkongsian pengalaman dan cabaran sebenar dunia kerjaya serta keusahawanan daripada alumni muda UKM yang telah berjaya dalam bidang masing-masing.

Sesi ini menampilkan empat alumni hebat iaitu Puan Masfara Wahidah Abdul Rahman (FSK 2017), Encik Mohd Fathuuddin Fakri Ramli (FUU 2022), Encik Gordon Soo Chien Phang (FSSK 2020) dan Encik Muhamad Faiq Ishammuddin (FEP 2020). Perkongsian penuh inspirasi ini membuka ruang kepada warga kolej untuk memahami realiti membina kerjaya dan perniagaan yang menuntut ketekunan, keberanian serta semangat juang yang tinggi.

Pusat Perhubungan Alumni UKM merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang telah terlibat dan menjayakan program ini. Semoga inisiatif sebegini terus memperkasa penglibatan alumni serta memperkukuh komunikasi antara alumni dan universiti berteraskan semangat Ilmu, Mutu dan Budi.