JEJAK ALUMNI UKM @ JABATAN KASTAM DIRAJA MALAYSIA SARAWAK
JEJAK ALUMNI UKM @ JABATAN KASTAM DIRAJA MALAYSIA SARAWAK
14 November 2025
Pusat Perhubungan Alumni UKM melalui program Jejak Alumni telah berpeluang menjejaki YBrs. Tuan Abg Zamari Abg Nazarin, alumni Fakulti Pengajian Perniagaan (FPP) UKM, tahun 1992, yang kini berkhidmat sebagai Timbalan Pengarah Kastam Negeri Sarawak, Bahagian Pematuhan.
Delegasi kunjungan ini diketuai oleh Prof. Ts. Dr. Norinsan Kamil Othman, Menjalankan Fungsi Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar & Alumni), bersama Dr. Roslan Ja’afar, Pengarah Pusat Perhubungan Alumni UKM; Dato’ Azis Yacub, Pengerusi Koperasi Alumni UKM; serta Prof. Madya Dr. Muhammad Sofwan bin Mahmud, Timbalan Pengarah (Penjanaan dan Pemasaran).
Program Jejak Alumni ini dilaksanakan sebagai usaha memperkukuh hubungan silaturahim antara UKM dan para alumni, di samping berkongsi perkembangan pelbagai program anjuran Pusat Perhubungan Alumni UKM seperti Inisiatif 1000 Kasih Alumni, serta memaklumkan mengenai perkembangan terkini di Universiti Kebangsaan Malaysia.
