BICARA ALUMNI: LANGSING DENGAN ILMU, BUKAN SEKADAR CITA-CITA

Pada 17 November 2025, telah berlangsung program Bicara Alumni UKM bertajuk “Langsing Dengan Ilmu: Bukan Sekadar Cita-Cita”, yang disiarkan secara langsung melalui Facebook rasmi ALUMNI-UKM.

Sesi ini menampilkan Prof. Dr. Zahara Abdul Manaf (FSH 1994, FSK 1998), Timbalan Dekan (Hal Ehwal Jaringan, Industri & Masyarakat), Fakulti Sains Kesihatan, Universiti Kebangsaan Malaysia, sebagai pembicara jemputan. Beliau berkongsi ilmu dan pandangan berharga mengenai pengurusan berat badan berasaskan ilmu saintifik, pemahaman nutrisi, serta pendekatan gaya hidup yang mampan.

Program ini dipandu oleh moderator, Dr. Mohd Fadhl Shah Khaidzir (PEND 2014, FSK 2022), Penyelaras Hubungan Antarabangsa, Pusat Pengajian Citra Universiti, yang mengendalikan sesi bicara dengan penuh berinformasi dan interaktif.

Majlis dimulakan dengan ucapan pembukaan oleh Prof. Madya Dr. Muhammad Sofwan bin Mahmud, Timbalan Pengarah (Penjanaan dan Pemasaran) ALUMNI-UKM, yang menekankan kepentingan kesedaran kesihatan serta peranan ilmu dalam membentuk gaya hidup seimbang.

Perkongsian ini diharap dapat meningkatkan kesedaran mengenai kepentingan pengurusan kesihatan berasaskan ilmu, serta menggalakkan gaya hidup sihat dalam kalangan komuniti UKM dan masyarakat umum.