MAJLIS IFTAR BERSAMA PERSATUAN KEBAJIKAN RUMAH JALINAN KASIH ANAK-ANAK YATIM MISKIN SELANGOR
Pusat Perhubungan Alumni UKM telah berjaya menganjurkan Majlis Iftar bersama anak-anak dari Persatuan Kebajikan Rumah Jalinan Kasih Anak-Anak Yatim Miskin Selangor pada 12 Mac 2026, bersamaan 22 Ramadan 1447H.
Majlis yang penuh bermakna ini telah disempurnakan dengan ucapan rasmi oleh Prof. Ts. Dr. Norinsan Kamil Othman, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar & Alumni) UKM, serta Dr. Roslan Ja’afar, Pengarah Pusat Perhubungan Alumni UKM.
Pusat Perhubungan Alumni UKM merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang telah membuat sumbangan ikhlas. Sesungguhnya, keprihatinan anda semua telah membawa sinar kegembiraan dan senyuman yang tidak ternilai buat anak-anak ini di bulan Ramadan yang mulia. Semoga segala amal jariah kita diterima dan diberkati-Nya.
