JEJAK ALUMNI UKM @ UJI TEGUH BERHAD
JEJAK ALUMNI UKM @ UJI TEGUH BERHAD
15 Mei 2026
Pusat Perhubungan Alumni UKM melalui program Jejak Alumni telah berpeluang menjejaki YBhg. Dato Ts. P.Geol. Khairul Fahmee Mat Khairi, alumni Fakulti Sains dan Teknologi (FST) UKM, kelas tahun 2008, yang kini cemerlang berkhidmat dan memikul tanggungjawab besar sebagai Pengerusi di Uji Teguh Berhad.
Delegasi ini diketuai oleh YBrs. Dr. Roslan Ja’afar, Pengarah Pusat Perhubungan Alumni UKM. Turut serta dalam siri kunjungan ini ialah Ir. Dr. Norinah Abd Rahman, Timbalan Pengarah (Aktiviti dan Jaringan).
Program Jejak Alumni ini bertujuan memperkukuh jaringan strategik dan silaturahim UKM dengan alumni di lapangan industri melalui perbincangan pengalaman kerjaya dan potensi kerjasama untuk pembangunan pelajar, termasuk penawaran latihan industri daripada pihak Uji Teguh Berhad. Selain itu, ia turut menjadi platform perkongsian maklumat inisiatif seperti 1000 Kasih Alumni, hebahan Alumni Balik Kampus 2026, serta perkembangan terkini universiti bagi memperkasa penglibatan alumni secara menyeluruh.

