KONSERT GALA ALUMNI: MELODI SEPANJANG ZAMAN 2026

KONSERT GALA ALUMNI: MELODI SEPANJANG ZAMAN 2026

Konsert Gala Alumni Melodi Sepanjang Zaman 2026 telah melabuhkan tirai, Pusat Perhubungan Alumni UKM ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang sudi hadir memeriahkan konsert di DECTAR! Suasana memang riuh dan meriah habis apabila dapat berkumpul semula sempena program Alumni Balik Kampus 2026.

Satu dewan menyanyi bersama melayan persembahan padu Dato’ Hattan, Hazama, Lan Solo, Nabila Razali, Zynakal, dan Amad Dayyan. Sambil-sambil melayan lagu-lagu popular mereka, terus mengimbau kenangan manis zaman belajar di UKM dahulu. Memang terngiang-ngiang di telinga dan susah hendak dilupakan!

Sekalung penghargaan juga buat semua penaja, rakan kolaborasi dan semua urusetia yang bertungkus-lumus menjayakan acara ini. Sokongan ikhlas daripada para penaja amatlah bermakna dalam merealisasikan malam yang penuh nostalgia ini. Semoga ukhuwah keluarga besar alumni UKM terus erat sampai bila-bila.