ALUMNI ROBIK 2026

ALUMNI ROBIK 2026

Pusat Perhubungan Alumni UKM telah berjaya menganjurkan program Alumni Robik 2026 di Dataran Panggung Seni UKM bersempena Program Alumni Balik Kampus 2026. Sesi senamrobik yang penuh bertenaga ini turut diserikan dengan kehadiran Prof. Ts. Dr. Norinsan Kamil Othman, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar & Alumni), Tuan Haji Zanudin Mohd Daud, Pendaftar UKM, serta Dr. Roslan Ja’afar, Pengarah Pusat Perhubungan Alumni UKM yang sudi meluangkan masa beriadah bersama.
Jutaan terima kasih diucapkan kepada semua peserta yang hadir memeriahkan program, sekali gus mengeratkan ukhuwah dan memupuk gaya hidup sihat sesama kita. Jom saksikan gelagat dan aksi bertenaga para peserta di sekitar program ini berlangsung!