SUKAN ALUMNI ANTARA KOLEJ 2026

SUKAN ALUMNI ANTARA KOLEJ 2026

Pusat Perhubungan Alumni UKM telah berjaya menganjurkan program Sukan Alumni Antara Kolej 2026 yang berlangsung dengan meriah di Kompleks Sukan & Padang Bola UKM bersempena Program Alumni Balik Kampus 2026. Acara ini menyaksikan saingan yang cukup sengit dan semangat kesukanan yang tinggi menerusi acara bola sepak, bola tampar, dan bola jaring.
Jutaan terima kasih diucapkan kepada para pemain dan penyokong yang sudi memerah keringat serta memeriahkan program pada kali ini. Sekalung tahniah juga diucapkan buat para pemenang yang telah mempamerkan aksi yang hebat! Semoga ukhuwah dan kebersamaan antara para alumni terus terjalin erat menerusi platform sukan seperti ini.