HARI TERBUKA KOLEJ 2026
HARI TERBUKA KOLEJ 2026
Kemeriahan Program Alumni Balik Kampus 2026 diteruskan lagi dengan penganjuran Hari Terbuka Antara Kolej 2026 yang telah berlangsung dengan meriah bertempat di sekitar Kolej Kediaman UKM. Program ini pastinya menjadi platform terbaik buat para alumni untuk kembali menjejakkan kaki dan mengimbau kenangan manis zaman mahasiswa sewaktu menghuni di kolej kediaman masing-masing suatu ketika dahulu.
Sesi lawatan ke sekitar kolej-kolej kediaman ini telah diserikan dengan kehadiran delegasi yang diketuai oleh Prof. Ts. Dr. Norinsan Kamil Othman, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar & Alumni), bersama Dr. Roslan Ja’afar, Pengarah Pusat Perhubungan Alumni UKM.
Jutaan terima kasih diucapkan kepada barisan pengurusan kolej, mahasiswa, serta para alumni yang menyambut baik kunjungan ini dan memeriahkan suasana! Kehadiran anda semua terus memperkukuh ikatan ukhuwah antara alumni dan alma mater. Jom saksikan sorotan lensa sekitar kemeriahan Hari Terbuka Antara Kolej 2026!
