Inisiatif Tajaan Bilik Penginapan Pelajar Asnaf dan B40 di UKM telah berjaya mengumpulkan dana sebanyak RM 340,000 sehingga Jun 2026. Sumbangan impak tinggi ini telah membiayai sepenuhnya 48 buah bilik penginapan, yang dihasratkan khusus untuk meringankan bebanan kewangan pelajar daripada golongan asnaf dan B40, sekali gus menyediakan persekitaran kondusif yang menyokong kelestarian pembangunan akademik dan sahsiah mereka di universiti watan.