KUNJUNG HORMAT YBHG. DATO’ DR. AZMI BAHARUDIN
13 Ogos 2026
Pusat Perhubungan Alumni UKM telah mengadakan sesi kunjung hormat bersama YBhg. Dato’ Dr. Azmi Baharudin (Alumni Fakluti Perubatan 1998), yang merupakan Pengarah, Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM), bagi membincangkan perancangan dan hala tuju strategik alumni bagi tahun 2026. Pertemuan ini memberi penekanan kepada usaha memperkukuh jaringan alumni, memperkasa penglibatan komuniti serta merangka inisiatif berimpak tinggi yang mampu memberi manfaat berterusan kepada warga alumni dan universiti.
Delegasi Pusat Perhubungan Alumni UKM telah diketuai oleh Prof. Madya Dr. Muhammad Sofwan bin Mahmud, Timbalan Pengarah (Penjanaan dan Pemasaran) bersama Ir. Dr. Norinah Ab. Rahman, Timbalan Pengarah (Aktiviti & Jaringan).
Sesi ini diharapkan menjadi pemangkin kepada perancangan yang lebih tersusun, inklusif dan kolaboratif, seterusnya memastikan alumni UKM terus relevan, progresif serta terus menyumbang secara signifikan kepada pembangunan universiti dan masyarakat.
