MAJLIS PENYERAHAN TAJAAN BILIK PENGINAPAN DAN PENAPIS AIR

MAJLIS PENYERAHAN TAJAAN BILIK PENGINAPAN DAN PENAPIS AIR

19 OGOS 2026

Pusat Perhubungan Alumni UKM berbesar hati menganjurkan Majlis Penyerahan Tajaan Bilik Penginapan dan Penapis Air yang berlangsung pada 19 Ogos 2026 bertempat di Kompleks Alumni UKM.

Majlis ini menjadi simbolik kepada komitmen dan keprihatinan para alumni serta penyumbang dalam melestarikan kebajikan, keselesaan dan kesejahteraan mahasiswa UKM.

Sumbangan yang disalurkan merangkumi tajaan 27 buah bilik penginapan di beberapa kolej kediaman dengan nilai keseluruhan sebanyak RM145,000. Tajaan ini melibatkan sumbangan daripada AFFIN ISLAMIC, Perbadanan Baitulmal Negeri Sabah, Baitulmal Sarawak, Uji Teguh Berhad, dan Alumni UKM. Selain itu, sebanyak enam unit penapis air bernilai RM30,000 turut disumbangkan kepada Kolej Ibu Zain, Kolej Tun Abdullah Ahmad Badawi (KTAAB), Pusat Sukan UKM, dan Pusat Kebudayaan UKM.

Majlis turut diserikan dengan kehadiran YBhg. Prof. Ts. Dr. Hj. Norinsan Kamil Othman, Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni UKM, bersama YBrs. Encik Aizam Abu Bakar, Ketua Hal Ehwal Pelajar dan Alumni UKM dan YBrs. Dr. Roslan Ja’afar, Pengarah Pusat Perhubungan Alumni UKM.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua penyumbang atas keprihatinan dan sokongan yang diberikan. Semoga setiap sumbangan terus menjadi asbab kepada kehidupan mahasiswa yang lebih selesa dan sejahtera.