PROGRAM BICARA ALUMNI INTEGRITI TERAS JIWA MERDEKA
Pusat Perhubungan Alumni UKM telah berjaya menganjurkan program Bicara Alumni bertajuk “Integriti Teras Jiwa Merdeka” pada 7 September 2026 (Isnin) secara dalam talian.
Program ini menampilkan En. Mohammad Khairul Azwan Mohd Ropal (FEP 2021), Timbalan Pengarah Bahagian Komunikasi Korporat, Institut Integriti Malaysia sebagai panel jemputan. Beliau telah berkongsi pencerahan mendalam mengenai kepentingan pembentukan nilai integriti dalam memupuk semangat Jiwa Merdeka yang hakiki.
Sesi perkongsian ini telah dikendalikan oleh En. Muhamad Anwar Nor Azmi Amin (FSSK 2025), Pegawai Khas Presiden Majlis Belia Malaysia selaku moderator yang memimpin perbincangan dengan lancar dan berimpak tinggi.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada panel, moderator, serta semua penonton yang menyertai program ini. Semoga segala ilmu yang disampaikan dapat disemat dalam diri demi melahirkan masyarakat yang berintegriti dan berjiwa merdeka!
