Alumni UKM Usahawan Berjaya
Rafizah Mohamad Ali (Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan 2012) iaitu pengasas kepada Telekung Eksklusif Embun. Beliau mengambil Ijazah Sarjana Muda dengan Kepujian Psikologi. Bergelar usahawan kampung yang menghasilkan telekung jenama sendiri bukan alasan untuk beliau gentar untuk memperluaskan rangkaian perniagaannya ke pasaran luar. Meski pun pada awalnya beliauberasa ragu-ragu untuk mengetengahkan produknyaitu, dia yakin pembeli sekarang
sudah bijak menilai dan membandinglcan harga dengan kualiti.
Menceritalcan detik awal menceburi bidang perniagaan, beliau yang bergelar ibu tunggal sejak setahun lalu pernah
berkhidmat sebagai Pengurus di sebuah firma guaman di Pulau Pinang. Selepas hilang tempat berpaut,
wanita cekal itu nekad pulang ke pangkuan keluarga untuk memulakan hidup baharu. Namun, sekembalinya anak
ke lima daripada 10 beradik itu ke kampung halaman di Felda Jengka 11, beliau berasa asing dan tidak
betah duduk diam. Sehinggalah suatu hari selepas solat, beliau mendapat ilham untuk memperbaharui telekung
miliknya sendiri, yang didapati tidak memuaskan hati, lebih-lebih lagi di bahagian muka.
Beliau akhirnya mencipta Telekung Eksklusif Embun dengan membuat improvisasi di bahagian muka supaya lebih lekap dengan menggunakan fabrik lycra, bergetah dan memeri. Selain Eksklusif Embun, Rafizah juga menghasilkan Eksklusif Sara dengan harga berpatutan.