Alumni Hebat UKM

Dato’ Hj Nazri bin Hj Mustafa (FUU 92) pemilik sebuah firma guaman yang bernama Tetuan Nazri Azmi Islinda. Beliau juga ialah salah seorang peguam di dalam firma guamannya sendiri.  Beliau memperolehi Ijazah di dalam jurusan undang­-undang dari Universiti Kebangsaan Malaysia pada tahun 1992 dan selepas menamatkan program latihan dalam kamar selama 9 bulan, beliau bekerja di sebuah firma guaman selama enam tahun, antaranya untuk mencari pengalaman.  Ketika itu beliau terlibat di dalam pelbagai jenis kes namun beliau lebih cenderung ke arah dunia hartanah. Pada tahun 1999, beliau berjaya membuka firma guamannya tersendiri bersama rakan kongsi, iaitu Tetuan Nazri Azmi Islinda yang wujud sehingga kini.

Ketika beliau belajar dahulu, bakal peguam akan belajar semua perkara sama ada undang-­undang sivil mahu pun syariah. Selepas itu, terpulang kepada mereka untuk menentukan hala tuju mereka untuk memilih bidang mana. Ketika membuat latihan dalam kamar (Chambering) selama sembilan bulan, para lulusan undang­-undang boleh pilih firma­-firma yang menawarkan perkhidmatan di dalam bidang yang diminati.