Alumni UKM Usahawan Berjaya

Datuk Ida Suraya Mustapha (FKAB 96) ialah Pengarah Urusan Bianco Mimosa. Bianco Mimosa ialah nama butik dan produk fesyennya yang mula dikenali sejak tahun 2013. Bianco Mimosa amat dikenali kerana menawarkan produk fesyen premium dan bertaraf antarabangsa. Beliau berkelulusan dalam Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrik Elektrikal dan Sistem, Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina. Dalam perniagaan, beliau mementingkan kualiti produk yang dikeluarkan. 

Di bawah nama Bianco Mimosa, beliau juga mewujudkan Bianco Fabrics dan menjadi pengedar tunggal di seluruh
ASEAN, selain memiliki 500 ejen bagi pasaran Amerika Syarikat, Perancis, Itali, Sepanyol dan Turki. Selain itu, beliau juga memiliki 13 buah syarikat yang berkaitan dengan kejuruteraan.

Beliau bukanlah datang dari keluarga yang berada. Ibu beliau bekerja sebagai seorang jururawat. Beliau mempunyai empat oarang abang dan bapa beliau lumpuh sejak beliau berusia 3 tahun. Bapa beliau meninggal dunia ketika beliau berusia 11 tahun. Kehidupan beliau amat membacar ketika itu. Kejayaan beliau bermula apabila beliau telah tamat pengajian di Universiti Kebangsaan Malaysia. Beliau mula bekerja sebagai jurutera di sebuah syarikat tetapi beliau berhenti dan memulakan perniagaan.

Kejayaan yang dikecapi Datuk Ida Suraya sekrang tidak pernah membuatkannya lupa diri. Beliau bersama suami, Datuk Dr Najmil Faiz Mohamed Aris menubuhkan Yayasan Kebajikan Insan (YAKIN), Pusat Dakwah Nasrussyifa El Suraya (rawatan alternatif) dan Darul Huffaz Nasrussyifa El Suraya (pusat tahfiz).