Alumni Hebat UKM

Chef Hussin Khan Bin Rahmatullah Khan (Fakulti Sains dan Teknologi 2007) merupakan seorang chef selebriti yang berbakat besar dan pensyarah di  Jabatan Kulinari, Fakulti Pengurusan Hotel dan Pelancongan di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Pulau Pinang. Beliau pernah mengendalikan sebuah program TV iaitu  Spice Routes untuk dua musim. Beliau berkelulusan dalam Sarjana Muda Sains Permakanan di Fakulti Sains dan Teknologi, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Beliau pernah melalui pengalaman sebagai chef professional sebelum beliau menjadi chef selebriti. Selain memasak di dapur, beliau juga menjadi kolumnis ruangan resipi dalam pelbagai majalah dan menghasilkan buku resipi. Beliau  turut berkesempatan memenuhi undangan sebagai juri masakan untuk pertandingan dan demo masakan anjuran badan kerajaan dan swasta. Beliau juga dapat berkongsi ilmu dan pengalaman beliau  dengan pelajar di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Pulau Pinang sebagai seorang pensyarah dalam bidang kulinari .