JEJAK ALUMNI

Pusat Perhubungan Alumni hari ini menyantuni En Saabi Wahab (FSFG 1990), CEO Kumpulan Eastern Pacific Industrial Corporation Berhad. Usaha merapati alumni tetap diteruskan supaya hubungan kita semua kekal utuh dan teguh. Kita bawa mereka pulang ke UKM. Antara topik yang dibincangkan adalah program pementoran alumni, syarahan alumni dan dana wakaf khas alumni UKM.