Prof. Datuk Dr. Mohamad Abdul Razak meraih Anugerah OIC Jewels of the Muslim World.

Image_03 (1)

Presiden Kolej Universiti Sains Perubatan Cyberjaya (CUCMS), Prof Datuk Dr. Mohamad Abdul Razak (FPER 79) dipilih anugerah OIC Jewels of the Muslim World Award 2016 oleh Majalah OIC Today.

Majlis penganugerahan yang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur tersebut dihadiri Menteri Kewangan ll, Datuk Johari Abdul Ghani. Anugerah ini adalah sebagai tanda pengiktirafan atas sumbangan Prof. Datuk Dr. Mohamad Abdul Razak dalam bidang pendidikan dan kepada ummah.

Majlis Penganugerahan Jewels of the Muslim World Award 2016 yang diadakan untuk kali ke-7 adalah satu usaha bagi mengiktiraf kecemerlangan, inovasi dan pencapaian individu dalam meningkatkan ekonomi umat Islam antarabangsa.

Prof Muhamad, merupakan Pakar Bedah Ortopedik terlatih dan pernah berkhidmat sebagai Pengarah Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Presiden Persatuan Ortopedik Malaysia, Visiting Registrar di Jabatan Ortopedik di Edinburgh Universiti, Registrar dan Fellow Kecederaan Tulang Belakang di Southport Spinal Injuries Centre di Liverpool dan bekas Timbalan Naib Canselor UKM.

Beliau mengambil alih kepimpinan CUCMS bermula 2013 dan bertekad menyemai semangat kesukarelawan graduan. Di bawah kepimpinan beliau, universiti ini telah menerapkan budaya menyumbang kepada masyarakat menerusi misi kesukarelawan di kalangan pelajar dan ini dibuktikan dengan misi bantuan perubatwan yang dijalankan di Acheh, Laos dan seterusnya Kemboja di masa terdekat.