Morshidi Ghani Penaung SRU

TAN SRI Datuk Amar Mohd Morshidi Abdul Ghani, (FEP 76) Alumni Universiti Kebangsaan Malaysia, telah dilantik semula sebagai Penaung Kesatuan Ragbi Sarawak (SRU). Surat pelantikan semula tersebut disampaikan oleh Presiden SRU, Richard Song Swee Jin di pejabat Tan Sri Datuk Amar Mohd Morshidi Ghani semalam. Turut menyertai rombangan Song adalah Timbalan Presiden SRU, Louis Jarau, Setiausaha Kehormat SRU, Abdul Ghafar Arshad, Bendahari SRU, Lawrence Tan, Jurulatih Persatuan Ragbi Bahagian Miri, Landale Cranfield, Presiden “Bintulu Rugby Football Association” (BRFA) Kapten Mohd Hafizuddin Mohd Radzuan, Setiausaha Persatuan Ragbi Bahagian Sibu (SDRA), Michael Ting dan beberapa wakil ahli gabungan SRU dari Miri, Bintulu, Sibu serta Presiden Kuching Rugby Football Club (KRFC), Ahmad Yusop Shah Dato Mokhsen.
Dalam menerima pelantikan semula berkenaan, Morshidi yang juga Setiausaha Kerajaan Negeri, mendedahkan bahawa beliau masih mempunyai minat yang mendalam untuk ragbi yang dimainkan semasa zaman persekolahan di Sekolah St. Joseph Kuching dari Tingkatan 1 hingga 6, semasa beliau Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan juga apabila mulamula memasuki alam pekerjaan. “Saya masih ingat, saya menyertai pasukan kami untuk bermain ragbi di Sibu menaiki kapal Raja Mas pada masa itu,” kata beliau.
Dalam pada itu, Morshidi mencadangkan supaya SRU memberi pengiktirafan kepada manamana kelab ragbi di Bahagian yang
belum lagi membentuk kelab secara rasmi untuk mengambil bahagian dalam pertandingan yang dianjurkan oleh SRU sebagai langkah untuk menggalakkan sukan berkenaan secara meluas.