???? ??????????? ?????? ??? : ?????????? ???????????? ?????????

Pusat Perhubungan Alumni (ALUMNI-UKM) dengan kerjasama Kolej Keris Mas UKM dan Kolej Aminuddin Baki UKM telah menganjurkan Siri Perkongsian Ilmu Alumni UKM : Memperkasa Keusahawanan Mahasiswa bersama usahawan muda alumni UKM.
Program ini bertempat di Bilik Bankuasi 1, Kolej Keris Mas (KKM) dan Foyer, Kolej Aminuddin Baki (KAB). Alumni jemputan bagi Kolej Keris Mas (KKM) ialah Encik Muhammad Syakir Razali (FPI 2022) dan Encik Muhammad Izzat Razali (FPI 2020). Mereka bergraduasi dari fakulti yang sama iaitu Fakulti Pengajian Islam UKM. Mereka merupakan Pengarah Syarikat Tokkmungg yang mengusahakan penjualan kasut bundle.
Alumni jemputan bagi Kolej Aminuddin Baki (KAB) ialah Cik Farah Nurul Asyikin Mohamad Sukri (FSSK 2017, 2019). Beliau bergraduasi dari Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan UKM. Beliau merupakan pemilik Therapeucake.co yang mengusahakan penjualan makanan iaitu kek.
Antara perkara yang mereka kongskikan ialah pengalaman ketika belajar di UKM dan pengalaman mereka sebagai usahawan muda yang berjaya.