ALUMNI CARE EDISI RAMADAN: PROGRAM SANTUNAN KASIH DI PUSAT JAGAAN NUR HASANAH

11/3/2025

Pusat Perhubungan Alumni UKM, melalui program flagship Alumni Care, telah mengadakan Program Santunan Kasih di Pusat Jagaan Nur Hasanah, Kampung Sesapan Kelubi, Beranang. Program ini bertujuan menyantuni para penghuni pusat jagaan dengan sumbangan keperluan harian, hasil daripada keprihatinan para alumni dan warga UKM.

Majlis penyerahan sumbangan telah diketuai oleh YBrs. Dr. Syajarul Imna Mohd Amin, Timbalan Pengarah (Aktiviti dan Jaringan), bersama Encik Mohd Kamal Abd Aziz, Ketua Pentadbiran, Pusat Perhubungan Alumni UKM.

Semoga program ini memberikan manfaat serta meringankan beban penghuni Pusat Jagaan Nur Hasanah, sekali gus menyemai nilai kasih sayang, keprihatinan, dan semangat kebersamaan dalam komuniti.