Alumni Hebat Usahawan Hebat

Syed Salahuddin Syed Mahayadin Al Haddad (FPI 95),  Pengarah Urusan Al Haddad Manufacturing Sdn Bhd  ialah Alumni Hebat Universiti Kebangsaan Malaysia.  Beliau dan adik beliau merupakan pengeluar produk halal dan makanan kesihatan berkualiti dalam negara termasuk pasaran antarabangsa. Sebelum menjadi Pengarah Urusan Al Haddad Manufacturing Sdn Bhd, beliau memulkan kerjaya sebagai  peguam syarie selama 16 tahun di Pulau Pinang.

Menurut Syed Salahuddin, minat yang dikongsi bersama adiknya dalam perniagaan bermula sejak di peringkat universiti, selain latar belakang keluarga yang terlibat dalam perniagaan dari Hadramaut, Yaman, menjadi sumber inspirasi buat mereka. Berbekalkan pengalaman dalam perniagaan jualan langsung (MLM), kedua-­duanya kemudian memberanikan diri menceburi perniagaan dengan menghasilkan produk keluaran syarikat milik mereka. apa kepada tiga anak itu berkata, sebelum membuka kilang untuk menghasilkan produk sendiri, mereka terlebih dahulu mengukuhkan strategi pemasaran menerusi produk orang lain dengan menggunakan j enama Al Haddad Marketing. Kejayaan syarikat yang diterajui bersama adik beliau sehingga berjaya menembusi pasaran antarabangsa adalah atas kecekalan dan kesungguhan berterusan.