KUNJUNGAN HORMAT

Kunjungan Hormat Pengurusan Tertinggi UKM dan Pusat Perhubungan Alumni ke Pejabat Ketua Setiausaha Negara. Ketua Setiausaha Negara, YBhg. Tan Sri Mohd Zuki Ali merupakan alumni UKM daripada Fakulti Ekonomi dan Pengurusan pada tahun 1986.
Pelbagai perkara telah dibincangkan seperti pembangunan UKM di masa akan datang, Kompleks Alumni, Anugerah Kecemerlangan Alumni, Majlis Santapan Di Raja dan kerjasama alumni dengan UKM demi meningkatkan nama UKM di peringkat antarabangsa.