ALUMNI AKTIF 2.0 : S4AB “SPORTS 4 ALUMNI BONDING” (ALUMNI UKM VS ALUMNI UTEM)

3.2.2024 (Sabtu)
Kemuncak Program Alumni Aktif 2.0 : “Sports 4 Alumni Bonding” ialah perlawanan bola sepak persahabatan antara alumni UKM dan alumni UTeM yang berlangsung pada jam 8.00 malam.
Perlawanan persahabatan bola sepak ini telah diadakan di Arena Sukan Azman Hashim UKM dan dimenangi oleh pasukan alumni UTeM dengan keputusan 2 gol berbalas 1. Turut hadir dalam kemuncak program Alumni Aktif 2.0 ialah YBhg. Prof. Dato’ Gs. Ts. Dr. Mohd Ekhwan Hj. Toriman, Naib Canselor UKM; YBhg. Prof. Datuk Ts. Dr. Massila Kamalrudin, Naib Canselor UTeM; YBhg. Prof. Madya Dr. Mohd Suzeren Md Jamil, Timbalan Naib Canselor Hal-Ehwal Pelajar dan Alumni UKM; YBhg. Prof. Madya Datuk Dr. Sabri Mohamad Sharif, Timbalan Naib Canselor Hal-Ehwal Pelajar dan Alumni UTeM dan Encik Khamsaton Suliman, Wakil Majlis Alumni UKM.
Sebelum itu, 3 acara sukan yang melibatkan kedua-dua pasukan alumni telah dijalankan di sebelah pagi iaitu acara bola jaring, bola tampar dan badminton. Perlawanan bola jaring dan bola tampar lelaki dan wanita telah dijuarai oleh pasukan alumni UKM. Pasukan Alumni UKM turut menjuarai acara badminton bagi kategori lelaki dan wanita.