ALUMNI CARE : KARNIVAL KEMBALI KE SEKOLAH

14 Februari 2025 | Jumaat

Pusat Perhubungan Alumni UKM dengan kerjasama My-Sutera Sdn. Bhd. dan Pusat Zakat Universiti Kebangsaan Malaysia telah mengadakan Program Alumni Care: Karnival Kembali Ke Sekolah di Pusanika UKM sempena pembukaan sesi persekolahan tidak lama lagi.
Program Alumni Care : Karnival Kembali Ke Sekolah adalah bertujuan untuk membantu warga/alumni UKM mendapatkan pakaian sekolah anak-anak dengan kadar diskaun sehingga 20% sekali gus meringankan beban Ibu bapa untuk penyediaan anak-anak ke sekolah. Program ini telah dirasmikan oleh YBrs. Tuan Haji Zanudin Mohd Daud, Pendaftar Universiti Kebangsaan Malaysia. Turut hadir ialah Puan Masnizam Hisham, Ketua Pegawai Eksekutif My-Sutera Sdn. Bhd. Beliau juga merupakan alumni UKM dari Fakulti Undang-Undang tahun 1996.

Selain itu, pihak My-Sutera Sdn Bhd. telah memberikan sumbangan bag sekolah dan botol air sebanyak 88 unit kepada anak kakitangan asnaf UKM. Pusat Islam melalui dana agihan Tabung Amanah Zakat UKM juga memperuntukkan RM220,000 untuk Bantuan Persekolahan Anak Kakitangan UKM bagi tahun 2025 ini.