ALUMNI CARE : MAJLIS PERASMIAN UKM SMART MINI CLASSROOM DAN PENDIGITALAN SEKOLAH
20 Februari 2025 | Khamis
Pusat Perhubungan Alumni UKM dengan kerjasama Pelajar Sarjana Perniagaan UKM-GSB dan para Alumni UKM telah mengadakan Program Alumni Care: Majlis Perasmian UKM Smart Mini Classroom dan Pendigitalan Sekolah di Sekolah Kebangsaan Senibai, Johol, Negeri Sembilan.
Pusat Perhubungan Alumni UKM dengan kerjasama Pelajar Sarjana Perniagaan UKM-GSB dan para Alumni UKM telah melaksanakan satu projek Tanggungjawab Sosial Universiti (TSU) untuk menaiktaraf kelas pelajar menjadi smart classroom di Sekolah Kebangsaan Senibai, Johol, Negeri Sembilan. Program ini telah dirasmikan oleh Y.B. Dato’ Haji Ismail bin Haji Lasim, Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pendidikan dan Modal Insan Negeri Sembilan. Turut hadir ialah Puan Mastura Binti Khamis, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Senibai dan YBhg. Prof. Emeritus Dato’ Dr. Mohammad Abd. Razak, Pengerusi Lembaga UKM.
Projek ini bertujuan untuk mencipta suasana belajar yang lebih efektif, interaktif dan inovatif dengan memanfaatkan teknologi moden. Sebanyak 10 tablet, 1 smart TV dan naik taraf bilik kelas telah berjaya disediakan untuk meningkatkan pengalaman pembelajaran dan pengajaran. Jumlah keseluruhan sumbangan yang diterima adalah sebanyak RM20, 000.00.

