Alumni Hebat UKM

Dr. Sharifah Halimah Jaafar (Fakulti Perubatan 1991, 2001) ialah seorang pakar perunding Perbidanan & Sakit Puan di Hospital Pakar Regency Johor Bahru. Beliau mempunyai kelulusan dalam Ijazah Perubatan pada tahun 1991 dan Ijazah Sarjana Perubatan dalam Obstetrik & Ginekologi di Fakulti Perbutan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Beliau telah berkhidmat selama 10 tahun di  hospital kerajaan di Perak dan Pulau Pinang dan kini berkhidmat di hospital swasta. Sebelum beliau berkhidmat di Hospital Pakar Regency di Johor Bahru, beliau telah berkhidmat di KPJ Ipoh selama 6 tahun. Bidang yang beliau ceburi bukan satu bidang yang mudah kerana beliau perlu berdepan dengan pelbagai risiko atau komplikasi rawatan atau pembedahan pesakit. Beliau perlu mempunyai kekutan mental dan fizikal yang kuat. 

Selain daripada Obstetrik dan Ginekologi, Dr Syarifah juga seorang pengamal Astetik dan kini bergelar Pengarah Urusan produk penjagaan kulit CAMELLE.  Beliau juga telah menubuhkan NGO Persatuan Wanita Perak utk Wanita (PWW) di Perak bagi mengurangkan masalah keganasan rumah tangga  di kalangan wanita.