Alumni Hebat UKM

Hajah Asral Widad Ahamad Asnawi (FUU 2002) pengasas kepada Pusat Penjagaan dan Pendidikan Warga Emas Darul Insyirah (DI). Beliau memperolehi Ijazah Sarjana di dalam jurusan medico-legal dari Universiti Kebangsaan Malaysia pada tahun 2002. Pusat Penjagaan dan Pendidikan Warga Emas Darul Insyirah (DI) merupakan sebuah institusi yang ditubuhkan bagi membantu menambah ilmu dan amalan warga emas wanita dalam suasana
serba komprehensif. la dilengkapi pelbagai prasarana mesra warga emas, dengan ruang belajar dan beribadah yang selesa. Tenaga pengajar dan para penjaganya juga adalah mereka yang komited serta berlandaskan ajaran Islam yang sebenar.
Setakat ini, dua buah cawangan telah didirikan. Cawangan yang pertama khusus untuk bonda penghidap Alzheimer serta yang terlantar di katil manakala yang kedua ialah untuk yang masih sihat dan ingin mencari husnul khotimah. Sebelum beliau menubuhkan Pusat Penjagaan dan Pendidikan Warga Emas Darul Insyirah (DI), beliau berkhidmat sebagai seorang pensyarah di beberapa buah universiti tempatan antaranya Open University Malaysia (OUM), Kuliyyah Information and Technology [KICT], INTI College Subang Jaya dan Lim KokWing University College Cyberjaya.