Alumni Hebat UKM Tokoh Guru
Haji Mohamad Awang Nit (Fakulti Pendidikan Islam 88) ialah Penolong Pendaftar Nikah Kahwin dan Rujuk atau Wali Hakim di Wilayah Chenor 1. Beliau melanjutkan pelajaran peringkat ijazah dalam bidang Pengajian Dakwah dan Kepimpinan. Sebelum beliau menjadi Penolong Pendaftar Nikah Kahwin dan Rujuk atau Wali Hakim di Wilayah Chenor 1, beliau ialah seorang guru. Pada sambutan Hari Guru 2017 barubaru ini, beliau dianugerahkan sebagai Tokoh Guru Daerah Maran di atas penglibatan dan sejarah perkhidmatannya dalam bidang pendidikan. Sambutan gilang gemilang dalam Majlis Anugerah Cemerlang Pendidikan Daerah Maran anjuran Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) dengan kerjasama Kementerian Sumber Manusia itu, beliau diraikan sebagai tokoh yang dihormati.
Beliau yang pernah berkhidmat di beberapa buah sekolah sekitar Maran kemudian berjaya melebarkan sayap dalam bidang pendidikan apabila dilantik menjadi Pengetua di SMK Lepar Utara, Jerantut. Tanggal 1 Mac 2009 beliau dilantik sebagai Ketua Penolong Pengarah di Sektor Pendidikan Islam Jabatan Pelajaran Negeri Pahang sebelum bersara dua tahun kemudian. Meskipun sudah bersara sebagai guru, beliau yang kini mengajar di masjid dan surau sekitar Kampung Paya Chenor dan Kampung Paya Ladang Chenor juga dilantikmenjadi Pengerusi Perhubungan Koperasi Muslimin Malaysia Berhad (Koperasi di bawah Persatuan Ulama Malaysia.
