ALUMNI PRIHATIN EDISI RAMADAN: PROGRAM SANTUNAN KASIH DI PUSAT JAGAAN WARGA EMAS AL-FATAH, SEMENYIH

Pusat Perhubungan Alumni UKM telah mengadakan Program Santunan Kasih bertempat di Pusat Jagaan Warga Emas Al-Fatah, Semenyih menerusi inisiatif Alumni Prihatin. Program ini bertujuan menyantuni para penghuni pusat jagaan dengan penyaluran sumbangan berbentuk keperluan harian, hasil daripada keprihatinan ikhlas para penyumbang, alumni, dan warga UKM.
Sesi penyerahan sumbangan ini telah disempurnakan oleh Dr. Roslan Ja’afar, Pengarah Pusat Perhubungan Alumni UKM, diiringi oleh Prof. Madya Dr. Muhammad Sofwan bin Mahmud, Timbalan Pengarah (Penjanaan dan Pemasaran), Pusat Perhubungan Alumni UKM.

Semoga sumbangan yang dihulurkan pada bulan Ramadan yang penuh barakah ini memberikan manfaat serta kesejahteraan buat penghuni Pusat Jagaan Warga Emas Al-Fatah, sekali gus menyemai nilai ihsan, keprihatinan, dan semangat kebersamaan dalam komuniti.